Sunday, August 22, 2010

Kraftangan


Selamat datang ke dunia kraftangan.
Kami ingin berkongsi produk - produk ekslusif kami dengan anda semua dan ianya adalah ekslusif kerana anda boleh menentukan corak, warna dan ciri-ciri tambahan (seperti meletakkan nama anda atau orang tersayang) yang anda boleh cadangkan kepada kami.
Nama produk : SARUNG BOTOL AIR
(Kod Produk : SBADA0500)
Harga : RM10 Seunit TERMASUK KOS PENGHANTARAN
Untuk saiz botol air mineral 500ML
(Jualan borong dialu-alukan. Harga yang istimewa diberikan untuk tempahan melebihi 10 unit)
Kegunaan :
Mudah untuk membawa minuman (sebagai contoh air mineral). Amat sesuai untuk kegunaan anak-anak semasa ke tadika dan sekolah. Anda boleh menempah nama anda sendiri pada produk ini walaupun dengan hanya satu unit sahaja. Corak dan warna adalah terhad melainkan anda menempah melebihi 30 unit serentak.


Nama produk : SARUNG BOTOL AIR
Kod Produk : SBAFAF1500
HARGA : RM16 Seunit TERMASUK KOS PENGHANTARAN
Untuk saiz botol air mineral 1500ML
(Jualan borong dialu-alukan. Harga yang istimewa diberikan untuk tempahan melebihi 10 unit)
Kegunaan :
Mudah untuk membawa minuman (sebagai contoh air mineral). Amat sesuai untuk kegunaan anak-anak semasa ke tadika dan sekolah. Anda boleh menempah nama anda sendiri pada produk ini walaupun dengan hanya satu unit sahaja. Corak dan warna adalah terhad melainkan anda menempah melebihi 30 unit serentak.

Nama produk : KASUT BAYI
Kod Produk : KAB100
Untuk bayi dan kanak-kanak dan disesuaikan mengikut saiz pilihan anda.
Kegunaan :
Sebagai alas kaki yang lembut untuk bayi kesayangan anda.

Nama produk : KOPIAH BIASA (TANPA NAMA)
Kod Produk : KOTNB100
Pelbagai saiz dan warna disediakan.
 
Nama produk : KOPIAH BERNAMA
Kod Produk : KOBB100
Harga : RM25 Seunit TERMASUK KOS PENGHANTARAN & NAMA PILIHAN ANDA
Disediakan dengan pelbagai saiz, warna dan corak untuk memenuhi citarasa anda. Sesuai untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada pakaian seragam tadika, taska atau kelas agama. Ia juga boleh menjadi sebahagian daripada identiti organisasi anda.

Nama produk : SARUNG KOTAK TISU
Kod Produk : SKTB100
Pilihan dua warna yang sepadan dengan persekitaran dan citarasa anda pada produk ini menjadikan tempat letak tisu peribadi anda lebih menawan dan istimewa. Ianya bukan sekadar tempat letak tisu yang biasa tetapi sebagai perhiasan yang menarik untuk memenuhi ruang tamu, pejabat atau kereta seharian anda.
 
Nama produk : ALAS UNTUK MINUMAN
Kod Produk : AMB100
Disediakan dengan pelbagai saiz dan warna yang anda boleh tentukan sendiri.

Nama produk : SARUNG TELUR UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN
Kod Produk : STPB100
Disediakan dengan pelbagai kombinasi warna dan corak yang menarik untuk memenuhi citarasa anda. Produk ini menjadikan majlis perkahwinan anda lebih ekslusif dan diingati sepanjang zaman kerana ianya adalah dibuat khas untuk maslis bersejarah anda. Anda juga boleh memberikan cadangan untuk menghasilkan corak yang sesuai dengan kehendak anda.
 
Nama produk : SARUNG UNTUK PELBAGAI BARANGAN (CONTOHNYA HANDPHONE)
Kod Produk : SBTB100
Disediakan dengan pelbagai saiz dan warna yang anda boleh tentukan sendiri.
 
Nama produk : SARUNG PELBAGAI GUNA
Kod Produk : SPGB100
Disediakan dengan pelbagai saiz dan warna yang anda boleh tentukan sendiri.

Di antara produk-produk kait yang anda boleh tempah dengan kami termasuklah :
  • Kopiah biasa (tanpa nama)
  • Kopiah bernama
  • Sarung botol air
  • Alas pelbagai (minuman, meja dan lain-lain)
  • Kotak tisu
  • Sarung telur (untuk majlis perkahwinan dan sebagainya)
  • Beg pelbagai guna
  • Topi bayi
  • Kasut bayi
  • Baju bayi
  • Skaf rambut
  • Pengikat rambut
  • Tepi tudung
  • Selendang
  • Cebek kusyen
  • Sarung bantal
  • Alas solat
  • Alas untuk pemegang (contohnya untuk peti sejuk, seterika)
  • Cenderamata
  • Jahitan manik dan labuci

Spesifikasi produk :
Kesemua produk yang dihasilkan adalah 100% buatan tangan. Tidak menggunakan sulaman mesin.

Ciri - ciri tambahan :

Anda juga boleh membuat tempahan untuk meletakkan nama kegemaran anda (seperti contoh pada produk kopiah bernama) pada produk yang anda pilih tetapi kos tambahan akan dikenakan.
Anda juga boleh memilih gabungan warna yang diperlukan (tempahan minima mestilah 20 unit dan ke atas).
Anda boleh menempah corak dan warna yang sesuai dengan organisasi anda. Anda juga boleh meletakkan nama yang berlainan pada setiap corak dan warna yang anda pilih untuk memberikan identiti kepada organisasi anda. Sebagai contohnya, anda boleh menempah 30 unit kopiah bernama untuk tadika mengikut corak dan warna pilihan sendiri dan nama pelajar yang berlainan pada kopiah tersebut. Dengan ini, semua pelajar dari tadika anda mempunyai kopiah dengan namanya sendiri. Ini akan meningkatkan identiti tadika anda dan secara tidak langsung bertindak sebagai iklan percuma untuk tadika anda.

Kelebihan produk ini :
  • Ianya adalah hasilan tangan sepenuhnya.
  • Mudah untuk dicuci untuk memastikan kebersihan yang berterusan.
  • Unik dan boleh disesuaikan mengikut citarasa anda sendiri (seperti meletakkan nama).
  • Mudah untuk disimpan apabila tidak digunakan.
  • Boleh dijadikan sebagai hadiah ekslusif untuk barangan cenderamata dan hadiah yang istimewa untuk si penerima (terutamanya apabila anda meletakkan nama penerima pada produk ini).
  • Wakil jualan di Melaka, Johor dan Selangor dialu-alukan.

Kami ingin membuka ruang perniagaan ini untuk anda yang berminat. Sila hubungi kami melalui emel yang disediakan atau klik sini untuk sebarang pertanyaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami : 


mczamri@yahoo.com
0169901905

0 comments: