Sunday, February 20, 2011

Madu Aura Supplemen

 Madu Aura Supplemen

Supplemen gabungan Madu Asli dengan Tenaga Minda. Berupaya mengaktif dan menstabilkan sistem pengimbangan tubuh secara menyeluruh untuk kekal sihat.



Kegunaan Madu Aura Supplemen :
Madu Aura Supplemen yang telah dipertenagakan dengan tenaga hayat semulajadi tubuh badan melalui kaedah gelombang dan aura yang terkini. Secara biasanya tenaga supplemen diperlukan dengan mengambil pelbagai jenis produk seperti spirulina, omega 6, evening primrose oil, appeton dan lain-lain lagi. Gabungan pelbagai produk ini akan memerlukan kos yang tinggi dan cara pengambilannya yang memerlukan dos dan disiplin yang perlu dipatuhi.

Madu Aura supplemen dapat menampung keperluan tenaga tambahan secara keseluruhan. Madu Aura Supplemen juga dapat melakukan pencegahan awal bagi sebarang penyakit yang bakal menyerang. Konsepnya kita perlu mengawal keseimbangan tenaga kita jangan biarkan diri kita letih berpanjangan sehingga menjadi lesu dan tidak bermaya. Jangan biarkan diri kita resah dan murung berpanjangan sehingga menjadi stress dan tekanan yang boleh mengganggu ketahanan sistem organ dalaman diri kita.
Pengambilan Madu Aura Supplemen dapat membekalkan tenaga tambahan pada diri seseorang seperti kita mengecas handphone setiap hari. Ia juga dapat melakukan rawatan awal melalui 4 aspek tenaga secara spiritual, emosi, mental dan fizikal. Secara ringkasnya ia boleh,
  • Mengaktif semula secara menyeluruh semua fungsi organ yang mulai lemah dan bermasalah.
  • Membina stamina, kecergasan, keceriaan serta keharmonian kesihatan
  • Mengatasi masalah kelesuan, kemurungan dan masalah metabolisma.

Siapa perlukan Madu Aura Supplemen ?

Madu Supplemen adalah makanan tambahan dan bukannya ubat. Ianya amat sesuai untuk semua kategori umur dan bangsa, sesuai dengan konsep satu Malaysia sekarang. 

Madu Aura Supplemen perlu untuk kanak-kanak :

Bagi kanak-kanak yang sentiasa aktif memerlukan pemakanan yang sempurna dan sumber tenaga yang mencukupi. Mereka perlukan tenaga apabila mereka belajar, kemudian mereka melakukan aktiviti kokurikulum. Kadangkala mereka juga terbeban dengan kelas tusyen yang ibu bapa mereka tetapkan. kelas tambahan di sekolah bagi kelas kelas peperiksaan tidak dapat dielakkan. Waktu petang mereka juga perlu belajar agama dan melakukan aktiviti kokurikulum sekolah. Ada suatu perkara yang kurang disedari di mana ramai anak-anak kecil yang terbeban dengan masalah membawa beg yang berat setiap hari hingga mereka menjadi lelah dan sakit seluruh badan. Apabila mereka mengadu kepada ibu bapa dan penjaga, ibu bapa kadang-kadang tidak peka sehinggalah ia memberi kesan yang sangat ketara dan mengganggu pelajaran mereka.

Pengambilan produk Madu Aura Supplemen adalah sangat mustahak. Ia digemari oleh kanak-kanak, tidak memerlukan dos dan disiplin pengambilan yang membebankan. Ia juga boleh dibawa kemana sahaja. Disamping itu, ia juga boleh digunakan dalam keadaan kecemasan seperti untuk luka-luka kecil dan jika terkena api madu aura boleh disapu di tempat yang bermasalah dan memberi kesan yang sangat cepat sekiranya ia diambil segera semasa kemalangan itu berlaku

Setiap golongan usia boleh mengamalkan madu aura ini bagi melakukan penjagaan awal dan membekalkan tenaga tambahan untuk mengatasi kelesuan diperingkat awal dan boleh juga membantu membina kekuatan spiritual.

Cara pengambilan :  
Setitik ke atas lidah 3 kali sehari. Jika lebih tiada kemudaratan. Tiada kesan sampingan.
 

Kes-kes kemalangan kecil :

  1. Semasa memasak di dapur saya terkena minyak panas. Saya mengambil Madu Aura Supplemen dan menyapukan beberapa kali sehingga akhirnya tidak memberi apa-apa kesan dan kulit pulih seperti biasa.
  2. Anak saya bermain benda tajam sehingga luka dan berdarah. Saya membersihkan darah dan mengelapnya. Saya menggunakan Madu Aura Supplemen di tempat luka sambil menekannya untuk beberapa minit sehingga darah berhenti mengalir. Setelah beberapa kali akhirnya luka sembuh seperti biasa. Saya juga titiskannya ke dalam mulut. Ianya sangat mujarab dan berkesan.
  3. Anak saya mengadu sakit gigi. Saya titiskan Madu Aura supplemen dan letakkannya di tempat gigi yang sakit. Alhamdulilah anak saya tidak lagi merungut.
  4. Mata anak saya membengkak dan dia merengek kesakitan. Saya sapukan Madu Aura Supplemen pada bahagian matanya. Alhamdulilah ia dapat membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak di matanya. Saya mengambil bia aura untuk mata. Alhamdulilah saya dapat mengatasinya dengan masa yang singkat.

Harga :
Harga Jualan RM40.00 sebotol (15 ml).
Kod Produk : MAS40
.


0 comments: