Friday, January 21, 2011

Anda dalam kategori yang mana ?

1. Jenis "make it happen"
Ini adalah manusia yang terdiri dari golongan yang berjaya. Kebanyakan daripada kita berada di dalam golongan ini. Ianya bermula dengan keinginan dan kita berusaha untuk mencapainya. Sebagai contoh, kita ingin memiliki sebuah website. Maka kita pun belajar sehinggalah kita berjaya menyiapkan sebuah website dengan hasil kerja tangan kita sendiri. Walaupun website tersebut hanya nampak simple tetapi kita telah belajar dan berjaya membinanya. Seterusnya, kita meningkatkan diri mempelajari ilmu - ilmu baru dan menjana pendapatan daripada website yang kita bina. Orang ini tidak menunggu sahaja dan dia bersikap proaktif ataupun "self-starter".

2. Jenis "to see other people make it happen"
Golongan jenis ini pula hanya menjadi golongan pemerhati. Kemungkinan cakapnya bergegar - gegar tetapi tiada action, jenis NATO (No Action Talk Only). Dia hanya melihat orang lain berjaya dan mungkin ada sedikit keinganan untuk berjaya tetapi tiada apa yang dilakukan atau meletakkan usaha yang cukup untuk mencapainya.

3. Jenis " What is happening????"
Orang jenis ini pula selalu berkhayal dan berangan- berangan. Adakalanya, orang jenis ini tidak menyedari atau sengaja tidak ambil tahu apa yang terjadi di sekelilingnya. Dia akan terkejut pada satu hari apabila mendengar ada orang yang jauh lebih maju daripadanya. Padahal ilmu tersebut berpeluang untuk dia pelajari. Namun, atas sikap endah tak endah dan tidak ambil tahu, orang inilah yang paling kerugian.

Jadi... pilihan di tangan anda. Jangan sia-siakan pengalaman anda yang lepas semata-mata kerana anda tidak mahu gagal lagi dalam hidup anda. Semoga anda semua berjaya dalam bidang yang anda ceburi.

0 comments: